Dia di carta rebutan, punya segala kemewahan idaman. Dia yg jauh pandangan terang cahaya masa depan hidupnya. Dia membina kerjaya serta segala gerak laku berjaya. Entah di mana silapnya, terang cahaya makin suram akhirnya.
Di saat mula mengenal rasa cinta dan bertemu kecewa. Hilanglah punca, berubah lah minatnya dan bertandang sengsara.
Dia mengenal khayalan, serbuk putih menjadi teman harian. Badan sesesak keruan, mukanya cengkung tinggal tulang. Tenggelam. Mengapa cinta yg dijadikan punca kehancuran dunia. Mengapa dadah dijadikan penawar waktu jiwa sengsara.